Thursday, February 18, 2010

Prosedur Memohon Penajaan

1) Entri pada kali ini membincangkan langkah-langkah menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan ketika proses memohon penajaan.

2) Berikut adalah senarai dokumen asas yang perlu disediakan untuk dilampirkan kepada syarikat yang dimohon :
  1. Surat Kelulusan Program / Penajaan Dari Pejabat Naib Canselor.
  2. Surat Permohonan Melalui dan Salinan Pejabat HEP.
  3. Kertas Kerja ( Sebenar / Faks ).
  4. Surat Kelulusan Pelepasan Cukai dari Pejabat Bendahari.
  5. Surat Kelulusan Program dari HEP atau TNCA.


3) Surat Kelulusan Program / Penajaan Dari Pejabat Naib Canselor - Secara kebiasaannya, Kelulusan penuh program Luar Negara mengambil masa dalam tempoh hampir 1 Bulan prosesnya. Tetapi, saudara boleh memohon Kelulusan mengutip penajaan terlebih dahulu bagi memulakan gerak kerja dengan budi bicara pejabat NC. Surat Kelulusan ini merupakan mandatori iaitu wajib bagi kita melampirkannya.

4) Surat Permohonan Melalui dan Salinan Pejabat HEP - Surat ini merupakan surat yang dikeluarkan oleh persatuan saudara dan melalui dan salinan pegawai HEP yang berkaitan.

5) Kertas Kerja ( Sebenar / Faks )- Kertas kerja terbahagi kepada 2 versi iaitu yang asal dan faks. Ini kerana kertas kerja yang asal terlalu tebal dan tidak sesuai untuk difakskan kepada syarikat yang dimohon. Kertas Kerja Faks mengandungi lebih kurang 10 -12 mukasurat dan hanya mengandungi maklumat-maklumat yang mustahak sahaja.

6) Surat Kelulusan Pelepasan Cukai dari Pejabat Bendahari - saudara mestilah memohon surat pelepasan cukai selepas saudara mendapat kelulusan program / penajaan daripada Pejabat NC. Caranya ialah saudara mestilah mengisi borang yang disediakan di HEP dan pihak HEP akan menguruskan dengan menghantar ke pejabat Bendahari.

7) Surat Kelulusan Program dari HEP atau TNCA - Surat ini adalah optional kerana ia kurang penting, tetapi sangat penting ketika saudara mahu mengeluarkan peruntukan HEP dari Pejabat Bendahari.

8) Dalam entri yang akan datang InsyALLAH saya akan memberi contoh dokumen-dokumen yang dinyatakan.

9) Wasslam..

p/s oleh kerana sering menulis dalam keadaan kepenatan selepas pulang dari praktikal, maka dikhuatiri ada cacat celanya informasi ini, harap diperbetulkan jika ada yang silap.

2 comments:

  1. Saudara memang amat berpengalaman dalam urusan pengurusan dalam persatuan. Teruskan penulisan saudara. Terima kasih dengan entry yang amat membantu.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, nanti sebarkan lah blog nih pada yg xtau yer..

    ReplyDelete