Saturday, February 20, 2010

Salutasi

1) Salutasi amat penting ketika kita mahu melakukan sesuatu urusan rasmi. Samada secara bertulis ataupun lisan.

2) Contoh salutasi adalah seperti gelaran Yang Amat Berhormat , Yang Berhormat dan lain-lain.

3) Berikut adalah gelaran - gelaran yang secara KEBIASAANNYA kita gunakan dalam surat menyurat. Ada banyak lagi, tetapi saya hanya menerangkan yang asas dan penting sahaja.

4) Yang Amat Berhormat (Y.A.B) - Digunakan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan ketua - ketua negeri ( Menteri Besar dan Ketua Menteri).

5) Yang Berhormat (Y.B) - Digunakan kepada Ahli Dewan Rakyat (Ahli Parlimen) , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Negara ( Senator ).

6) Yang Amat Berbahagia (Y.A.Bhg) - Digunakan kepada seseorang yang mempunyai gelaran Tun.

7) Yang Berbahagia (YBhg) - Digunakan kepada seseorang yang mempunyai gelaran Dato, Dato Seri , Tan Sri , Professor dan sebagainya. (gelaran ini digunakan kepada bukan wakil rakyat.

8) JIka ada salah, sila betulkan.

9) Wassalam...

4 comments:

  1. jadi apa sebenarnya kepentingannya.. hehe.. x dpt faham g..

    ReplyDelete
  2. hehe..kepentingannya supaya surat kita tidak ditolak oleh hep & syarikat & supaya memberi imej profesional kita kepada org luar..

    ReplyDelete
  3. kalau sy guna salutasi utk diri sy 'tok guru' boleh trima tak?

    ReplyDelete
  4. salutasi penting bagi seorang MC majlis...

    selain kat atas...

    Ketua Jabatan atau agensi : Yang berbahagia
    Pengarah program atau aktiviti : Yang berusaha
    VVip lain dlm majlis. atas pentas.. : Yg dihormati...atau Yang dikasihi

    ReplyDelete