Saturday, February 6, 2010

Persatuan Akademik : Sumber Kewangan

1. Umumnya pada sesi lepas, setiap persatuan diberi peruntukan RM8K-RM12K setahun bagi menjalankan aktiviti masing-masing. Jika persatuan yang aktif dan mempunyai program yang pelbagai, maka peruntukan tersebut tidak mencukupi. Namun pada persatuan yang mempunyai saiz bilangan ahli dan program yang berskala kecil, maka peruntukan tersebut lebih daripada perbelanjaan yang dirancang.

2. Peruntukan bagi kolej pula adalah RM30K setahun dan RM10K untuk khidmat masyarakat. Saya tidak pasti jika RM10K itu berasingan ataupun termasuk dalam RM30K tersebut.

3. Pada tahun ini selepas Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar, pejabat HEP akan melakukan teknik 'biding' bagi program khidmat masyarakat , luar negara dan program yang memerlukan dana lebih dari RM3K. Diingatkan disini bahawa saudara jangan sampai terlepas saat ini kerana keputusan yang telah dipersetujui oleh penilai-penilai yang dipilih hampir tidak boleh dibatalkan kerana peruntukan yang ada terhad.

4. Tumpuan perbincangan kita pada kali ini adalah bagaimana mahu mencari sumber pendapatan bagi mengendalikan sesebuah program bagi Persatuan Akademik, ini kerana saudara-saudara yang memimpin persatuan akademik menuntut tahap berdikari yang lebih tinggi dari JKM Kolej seperti yang saya nyatakan dalam post yang lalu disini.

5. Pertamanya, Persatuan Akademik mempunyai hubungan yang sangat baik dengan fakulti masing-masing. Walaupun Fakulti tiada VOT untuk menyalurkan peruntukan kepada aktiviti persatuan, namun ada beberapa 'trick' yang boleh dilakukan.

6. Amatlah tidak sesuai saya menerangkan dengan lebih terperinci 'trick' yang dinyatakan kerana ia melibatkan peraturan - peraturan universiti. Hint yang boleh dberikan adalah, manfaatkan sepenuhnnya program 1st year experience , pensyarah anda , Timbalan Dekan (Akademik) dan Timbalan Dekan (Pembangunan). Jika saudara ingin tahu lebih lanjut sila hubungi saya secara peribadi.

7. Keduanya, dalam UTM ini sendiri ada jabatan-jabatan yang boleh beri peruntukan seperti SPACE dan USR. sebenarnya ada banyak lagi jabatan yang kita tidak sangka tetapi ada peruntukan untuk program pelajar. Saya tidak dapat mendedahkan lubuk-lubuk duit ini kerana akan dipersalahkan oleh kepimpinan persatuan PERSAKA yang baru. Namun saudara harus berusaha dengan banyak bertanya kepada staf-staf yang banyak pengalaman.

8. Maaf kerana info yang diberi adalah terhad tetapi sekurang-kurangnya ia memberi harapan kepada persatuan akademik yang mahukan sumber kewangan. Ini kerana blog ini dibuat khas untuk kepimpinan pelajar di FSKSM khususnya dan seluruh pelajar di UTM amnya.

9. Wassalam.

No comments:

Post a Comment