Thursday, January 7, 2010

Beza Pemimpin Persatuan dan JKM Kolej

1. Bagi mahasiswa yang berminat dengan dunia kepimpinan sering kali mereka terkeliru dengan dua bentuk kepimpinan asas yang ada di sesuatu Universiti. Di UTM contohnya,terdapat dua cara bagi seseorang mahasiswa yang mahu aktif dalam kepimpinan.

2. Caranya adalah dengan menjadi Jawatankuasa di Kolej atau menjadi Jawatankuasa di Persatuan/Kelab/sekretariat dll. Mahasiswa yang terlibat bertahun-tahun lamanya dalam bidang kepimpinan ini belum tentu lagi dapat menjelaskan perbezaan antara kedua-dua jawatankuasa ini.

3. Pertama, saya mahu menerangkan apa yang dimaksudkan dengan JKM kolej ini. JKM adalah sebuah Jawatankuasa yang dipilih sepenuhnya oleh pentadbiran kolej atas sebab utamanya yang disebut dlm buku peraturan aktiviti pelajar bagi menolong membantu pentadbiran kolej.

4. Kuasa untuk memilih presiden JKM atau jawatankuasa diberi sepenuhnya kepada pengetua kolej. Setiap tahun kolej-kolej akan diperuntukkan sejumlah peruntukan bagi mengendalikan kursus pembentukan JKM kolej masing-masing.

5. Walaupun pengetua mempunyai kuasa mutlak dalam memilih JKM Kolej, namun masih ada garis panduannya seperti mesti berbilang kaun dan melambangkan integrasi negeri-negeri di malaysia.

6. Apabila pengetua diberi kuasa mutlak untuk memilih barisan JKM kolej masing-masing, Maka pengetua juga berhak untuk menggugurkan mana-mana jawatankuasa JKM pada bila-bila masa hatta tidak perlu menunggu sehingga 24 jam pun.

7. Isunya, adakah jika seseorang JKM Kolej di gugurkan(Dipecat) atas pertuduhan yang tidak jelas atau tidak dapat dibuktikan, adakah hak keistimewaanya seperti yuran asrama akan ditarik balik? Pada pendapat saya, JIKA tiada sebarang bukti pertuduhan atau sebagainya yang menyebabkan JKM itu dipecat, maka hak istimewanya haruslah dikekalkan.

8. JKM Kolej juga tidak boleh membuat keputusan melibatkan dasar kolej tersebut kerana pentadbiran kolej mempunyai kuasa mutlak dalam hampir kesemua aspek. Hal ini menyukarkan JKM Kolej itu untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa di kolej-kolej dengan agresif. Inilah yang menjadi dilema JKM Kolej Kediaman.

9. Berbeza dengan Pemimpin Persatuan mahasiswa, Presiden Persatuan dipilih mengikut perlembagaan masing-masing yang telah diluluskan oleh lembaga pengarah universiti. Semua Presiden Persatuan dipilih dalam undian ketika Mesyuarat Agung Tahunan yang dikendalikan sendiri oleh persatuan tersebut mengikut prosedur yang digariskan.

10. Perlu ditegaskan disini bahawa tiada siapa yang boleh memecat seorang Presiden Persatuan melainkan ahlinya sendiri, itupun mereka haruslah memanggil satu Mesyuarat Agung Luar Biasa mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memecatnya.

11. Hatta pembubaran sesuatu persatuan hanya boleh dilakukan oleh naib canselor dan dalam masa 2 minggu pimpinan persatuan berhak membuat rayuan kepada Menteri Pengajian Tinggi tentang status mereka seperti yang digariskan dflm AUKU. Hal seperti ini membuka ruang yang lebih luas kepada pimpinan persatuan untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa dengan lebih senang lagi.

12. Namun, bagi kebanyakan pimpinan persatuan, mereka keliru dengan peranan penasihat persatuan masing-masing. Ditegaskan sekali lagi penasihat persatuan hanya bertujuan memberi idea dan pendapat tentang persatuan itu sahaja. Dan tidak mempunyai kuasa arahan mahupun memanggil sesuatu mesyuarat.

13. Mahasiswa sendiri boleh menilai yang mana satu mempunyai kuasa "decision making" yang lebih antara Presiden JKM atau Presiden Persatuan.

14. Wassalam..

No comments:

Post a Comment