Saturday, February 20, 2010

Salutasi

1) Salutasi amat penting ketika kita mahu melakukan sesuatu urusan rasmi. Samada secara bertulis ataupun lisan.

2) Contoh salutasi adalah seperti gelaran Yang Amat Berhormat , Yang Berhormat dan lain-lain.

3) Berikut adalah gelaran - gelaran yang secara KEBIASAANNYA kita gunakan dalam surat menyurat. Ada banyak lagi, tetapi saya hanya menerangkan yang asas dan penting sahaja.

4) Yang Amat Berhormat (Y.A.B) - Digunakan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan ketua - ketua negeri ( Menteri Besar dan Ketua Menteri).

5) Yang Berhormat (Y.B) - Digunakan kepada Ahli Dewan Rakyat (Ahli Parlimen) , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Negara ( Senator ).

6) Yang Amat Berbahagia (Y.A.Bhg) - Digunakan kepada seseorang yang mempunyai gelaran Tun.

7) Yang Berbahagia (YBhg) - Digunakan kepada seseorang yang mempunyai gelaran Dato, Dato Seri , Tan Sri , Professor dan sebagainya. (gelaran ini digunakan kepada bukan wakil rakyat.

8) JIka ada salah, sila betulkan.

9) Wassalam...

Friday, February 19, 2010

contoh kertas kerja

1) Berikut adalah contoh kertas kerja yang dilampirkan. Ada beberapa kesalahan contohnya nama TNC HEP.

2) Bagi sesiapa yang yang mahuu copy n edit. Tolong edit betul-betul. Ini kerana mengikut pengalaman saya ramai yang edit sedikit sahaja.

3) Oleh kerana connection Internet slow, maka saya tidak dapat memperbetulkan kesilapan-kesilapan kecil dalam kertas kerja ini. Saya juga tidak sempat upload contoh- contoh surat kerana selalu terputus internet.

Kertas Kerja China
View moredocuments from Zulkarnain.


4) wassalam..

Thursday, February 18, 2010

Prosedur Memohon Penajaan

1) Entri pada kali ini membincangkan langkah-langkah menyediakan dokumen-dokumen yang berkaitan ketika proses memohon penajaan.

2) Berikut adalah senarai dokumen asas yang perlu disediakan untuk dilampirkan kepada syarikat yang dimohon :
  1. Surat Kelulusan Program / Penajaan Dari Pejabat Naib Canselor.
  2. Surat Permohonan Melalui dan Salinan Pejabat HEP.
  3. Kertas Kerja ( Sebenar / Faks ).
  4. Surat Kelulusan Pelepasan Cukai dari Pejabat Bendahari.
  5. Surat Kelulusan Program dari HEP atau TNCA.


3) Surat Kelulusan Program / Penajaan Dari Pejabat Naib Canselor - Secara kebiasaannya, Kelulusan penuh program Luar Negara mengambil masa dalam tempoh hampir 1 Bulan prosesnya. Tetapi, saudara boleh memohon Kelulusan mengutip penajaan terlebih dahulu bagi memulakan gerak kerja dengan budi bicara pejabat NC. Surat Kelulusan ini merupakan mandatori iaitu wajib bagi kita melampirkannya.

4) Surat Permohonan Melalui dan Salinan Pejabat HEP - Surat ini merupakan surat yang dikeluarkan oleh persatuan saudara dan melalui dan salinan pegawai HEP yang berkaitan.

5) Kertas Kerja ( Sebenar / Faks )- Kertas kerja terbahagi kepada 2 versi iaitu yang asal dan faks. Ini kerana kertas kerja yang asal terlalu tebal dan tidak sesuai untuk difakskan kepada syarikat yang dimohon. Kertas Kerja Faks mengandungi lebih kurang 10 -12 mukasurat dan hanya mengandungi maklumat-maklumat yang mustahak sahaja.

6) Surat Kelulusan Pelepasan Cukai dari Pejabat Bendahari - saudara mestilah memohon surat pelepasan cukai selepas saudara mendapat kelulusan program / penajaan daripada Pejabat NC. Caranya ialah saudara mestilah mengisi borang yang disediakan di HEP dan pihak HEP akan menguruskan dengan menghantar ke pejabat Bendahari.

7) Surat Kelulusan Program dari HEP atau TNCA - Surat ini adalah optional kerana ia kurang penting, tetapi sangat penting ketika saudara mahu mengeluarkan peruntukan HEP dari Pejabat Bendahari.

8) Dalam entri yang akan datang InsyALLAH saya akan memberi contoh dokumen-dokumen yang dinyatakan.

9) Wasslam..

p/s oleh kerana sering menulis dalam keadaan kepenatan selepas pulang dari praktikal, maka dikhuatiri ada cacat celanya informasi ini, harap diperbetulkan jika ada yang silap.

Thursday, February 11, 2010

Soalan - Soalan Asas Sebelum Anda Menyertai Perniagaan MLM

Salam, walaupun blog ini khas mengumpulkan sebanyak mungkin artikel berkenaan isu-isu pengurusan aktiviti mahasiswa, namun saya ingin kongsikan sedikit kajian saya yang tidak seberapa mengenai perniagaan MLM yang sering disertai mahasiswa. Ini kerana sebagai seorang yang beragama Islam, apa jua tindakan kita haruslah berlandaskan syariah.

Mahasiswa dewasa ini amat berminat dengan perniagaan MLM yang "dikatakan" menguntungkan. Halal atau Haramnya MLM bukanlah berdasarkan faktor nama perniagaan itu adalah MLM, tetapi modus operandinya yang dinilai.

Berikut saya sediakan panduan untuk mahasiswa untuk bertanya kepada sesiapa yang mengajak saudara untuk menyertai perniagaan MLM ini. Dalam post yang akan datang saya akan memberi hujah dan fakta-fakta berkenaan kajian ringkas saya terhadap kemungkinan jawapan-jawapan yang lazimnya diberikan.

Dibawah adalah soalan-soalan asas yang saudara harus pertimbangkan dan diajukan kepada syarikat yang mempelawa saudara sekelian :


1)Dalam Syarikat yang anda sertai, ada ataupun tidak Penasihat Shariah yang diambil bekerja untuk memantau perniagaan ini?

2)Adakah anda cukup arif dan faham tentang latarbelakang syarikat yang anda sertai ini?

3)Adakah produk yang dijual itu haram? Ataupun merupakan barang tiruan? Atau anda tidak pasti?


4)Berapakah harga produk yang dijual/disewa? Adakah lebih 1/3 lebih mahal
dari harga dipasaran? Adakah pembeli tahu harga di pasaran?


5)Ada yuran penyertaan Ahli? Perlu diperbaharui setiap bulan? Atau minggu? Atau hari?


6)Apa implikasi jika anda tidak perbaharui bayaran bulanan anda tetapi downline anda tetap bayar? Adakah anda akan dapat komisen downline anda jika anda tidak perbaharui yuran?


7)Adakah downline anda boleh (dibenarkan) terdiri daripada sesiapa sahaja?


8)Adakah produk yang dijual itu memang sesuatu yang diperlukan oleh ahli? Atau ia sekadar alasan supaya ada “perniagaaan”?


9)Anda bayar yuran untuk apa? Adakah untuk mendapatkan produk dan menjadi ahli dalam pada masa yang sama?


10)Adakah selepas anda bayar yuran seperti soalan no.9, anda dikehendaki merekrut ahli baru?


11)Contoh situasi: Anda seorang upline, untuk mendapat powerline ataupun sesuatu keistemewaan yg lain, anda dikehendaki mencari 4 downline. Anda telah bejaya mencari Ali, Abu, Ahmad dan Akmal. Kemudian, Akmal juga jika mahu mendapat powerline atau sebarang keistemewaan mesti mencari 4 orang, BEZANYA: Akmal mendapat 4 orang iaitu A, B, C dan D. Akmal dikehendaki menyerahkan A dan B kepada kamu dan Akmal hanya mendapat C dan D. Kemudian dia harus mencari E, F sendiri sekali lagi. Adakah dalam perniagaan MLM anda juga ada situasi yang ASASNYA sama seperti keadaan ini?



p/s : Soalan ini dibuat sendiri oleh saya dan oleh sebab itu saya tidak menyertakan rujukan, namun pada post yang akan datang, saya akan memberikan hujah-hujah berdasarkan fakta kemungkinan-kemungkinan jawapan bagi persoalan diatas. Jika ada yang mahu copy n paste dipersilakan, namun saya meminta saudara melampirkan address blog ini bagi mengelakkan kekeliruan orang lain.TQ

wassalam...

Saturday, February 6, 2010

Persatuan Akademik : Sumber Kewangan

1. Umumnya pada sesi lepas, setiap persatuan diberi peruntukan RM8K-RM12K setahun bagi menjalankan aktiviti masing-masing. Jika persatuan yang aktif dan mempunyai program yang pelbagai, maka peruntukan tersebut tidak mencukupi. Namun pada persatuan yang mempunyai saiz bilangan ahli dan program yang berskala kecil, maka peruntukan tersebut lebih daripada perbelanjaan yang dirancang.

2. Peruntukan bagi kolej pula adalah RM30K setahun dan RM10K untuk khidmat masyarakat. Saya tidak pasti jika RM10K itu berasingan ataupun termasuk dalam RM30K tersebut.

3. Pada tahun ini selepas Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar, pejabat HEP akan melakukan teknik 'biding' bagi program khidmat masyarakat , luar negara dan program yang memerlukan dana lebih dari RM3K. Diingatkan disini bahawa saudara jangan sampai terlepas saat ini kerana keputusan yang telah dipersetujui oleh penilai-penilai yang dipilih hampir tidak boleh dibatalkan kerana peruntukan yang ada terhad.

4. Tumpuan perbincangan kita pada kali ini adalah bagaimana mahu mencari sumber pendapatan bagi mengendalikan sesebuah program bagi Persatuan Akademik, ini kerana saudara-saudara yang memimpin persatuan akademik menuntut tahap berdikari yang lebih tinggi dari JKM Kolej seperti yang saya nyatakan dalam post yang lalu disini.

5. Pertamanya, Persatuan Akademik mempunyai hubungan yang sangat baik dengan fakulti masing-masing. Walaupun Fakulti tiada VOT untuk menyalurkan peruntukan kepada aktiviti persatuan, namun ada beberapa 'trick' yang boleh dilakukan.

6. Amatlah tidak sesuai saya menerangkan dengan lebih terperinci 'trick' yang dinyatakan kerana ia melibatkan peraturan - peraturan universiti. Hint yang boleh dberikan adalah, manfaatkan sepenuhnnya program 1st year experience , pensyarah anda , Timbalan Dekan (Akademik) dan Timbalan Dekan (Pembangunan). Jika saudara ingin tahu lebih lanjut sila hubungi saya secara peribadi.

7. Keduanya, dalam UTM ini sendiri ada jabatan-jabatan yang boleh beri peruntukan seperti SPACE dan USR. sebenarnya ada banyak lagi jabatan yang kita tidak sangka tetapi ada peruntukan untuk program pelajar. Saya tidak dapat mendedahkan lubuk-lubuk duit ini kerana akan dipersalahkan oleh kepimpinan persatuan PERSAKA yang baru. Namun saudara harus berusaha dengan banyak bertanya kepada staf-staf yang banyak pengalaman.

8. Maaf kerana info yang diberi adalah terhad tetapi sekurang-kurangnya ia memberi harapan kepada persatuan akademik yang mahukan sumber kewangan. Ini kerana blog ini dibuat khas untuk kepimpinan pelajar di FSKSM khususnya dan seluruh pelajar di UTM amnya.

9. Wassalam.

Friday, January 15, 2010

Global Outreach : Masalah-Masalah 1

1. Baru-baru ini ada lagi beberapa kumpulan siswa yang berjumpa dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai program ke luar negara yang mereka ingin uruskan. Masalah yang diutarakan semuanya sama seperti mana kumpulan-kumpulan sebelum ini. Iaitu masalah perhubungan (iaitu masalah yang timbul selepas masalah kewangan).

2. Apabila ditanya berkenaan dengan siapa yang menjadi pegawai pengiring, maka kebiasaannya jawapan yang didapati adalah "sudah dipilih" ataupun "fakulti yang membuat keputusan".

3. Mengikut pengalaman saya sebelum ini, dalam 5 kali pengurusan ke Luar Negara, jika mendapat bantuan dari fakulti /pensyarah dalam hal-ehwal pengurusan aktiviti akademik disana lebih berkesan dan berjaya daripada siswa itu sendiri yang menguruskan.

4. Di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), kami telah bersepakat dalam hal ini. Iaitu :
  • Membahagikan tugas antara siswa dan Fakulti iaitu para siswa menguruskan peserta, travel agen dan kewangan. Manakala fakulti/pensyarah akan menguruskan aktiviti akademik disana.
  • Sebagai penghargaan, program akan membawa pegawai pengiring yang mempunyai sumbangan kepadanya melalui fakulti.
5. Cara sedemikian seharusnya dilaksanakan oleh saudara-saudara sekalian kerana kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan segala-galanya.

6. Diharapkan saudara-saudara yang mempunyai masalah yang seperti diatas, boleh bersepakat membangkitkan hal ini ke fakulti masing-masing sebelum terlambat.

7. Wasssalam..

Sunday, January 10, 2010

Program Ke Luar Negara : Tips & Teknik Mengurangkan Kos

1. Saya akan menulis sebanyak mungkin sementara saya mempunyai masa yang agak fleksibel sebelum saya akan dipindahkan ke ibu pejabat syarikat Latihan Praktikal saya di Kuala Lumpur pada 15 januari ini. Saya menjangkakan masa saya akan kembali padat kerana bekerja di cawangan tidak sama dengan bekerja di ibu pejabat.

2. Saya mengharapkan pelapis kepimpinan mahasiswa khususnya dari persatuan saya iaini PERSAKA akan menggunakan artikel-artikel saya sebaik yang mungkin sebagai panduan kelak.

3. Berbalik perbincangan kita berkenaan topik diatas, terdapat beberapa cara yang boleh membantu kita mengurangkan kos perbelanjaan ke Luar Negara. Antaranya ialah :
  • Jika menggunakan perkhidmatan "Travel Agen", pastikan membuat pemakluman awal.
  • Membeli tiket penerbangan ketika promosi MATA FAIR atau MAS FAIR.
  • Jangan Menggunakan L.O ( Local Order) untuk membuat pembayaran.
  • Cuba membaca keadaan dimana situasi membawa ramai peserta untung atau peserta kurang yang untung.
  • Cuba sedaya-upaya membawa 2 orang pegawai pengring.
  • Ada beberapa lagi cara yang terpaksa dirahsiakan dan tidak sesuai dibincangkan disini.
4. Jika menggunakan perkhidmatan "Travel Agen", pastikan membuat pemakluman awal- Kebanyakan mahasiswa sering tersilap percaturan dengan mahu mengumpul duit dahulu dan kemudiannya baru mencari travel agen. Kita mesti maklumkan awal kepada travel agen, sebaik-baiknya pada fasa permulaan kerana travel agen tersebut akan sedaya upaya mecari jalan bagaimana mahu menurunkan harga.

5. Membeli tiket penerbangan ketika promosi MATA FAIR atau MAS FAIR. Bunyinya indah tetapi ada beberapa syarat kekangan disini. Tiket yang dibeli haruslah dibayar penuh dalam tempoh masa 48 jam kepada MAS. jadi kita harus sentiasa keep in touch dengan travel agen bagi mendapatkan maklumat awal promosi ini. kita juga harus pastikan sekurang-kurangnya duit untuk tiket sudah ada. Ini dapat menjimatkan sehingga 500-600 satu kepala. Antara kekangannya lagi ialah Tarikh dan masa tidak boleh ditukar.

6. Jangan Menggunakan L.O ( Local Order) untuk membuat pembayaran. Ini kerana travel agen harus menunggu 1-2 bulan untuk mendapatkan duit seetlah memberi perkhidmatan. Jadi kita boleh buat tawar-menawar dengan cara jika kita beri dalam bentuk cash/tunai maka kita minta supaya harga diturunkan. Kebanyakan travel agen akan menurunkan harga jika dibayar dalam tunai.

7. Cuba membaca keadaan dimana situasi membawa ramai peserta untung atau peserta kurang yang untung - Maksudnya sesetengah travel agen mengambil keuntungan melalui kira per pax, sesetengahnya secara trip. Tetapi kebanyakannya mengambil kiraan per pax. Jika begitu, semakin ramai peserta yang ada semakin murah harga pakej tersebut. Jadi ada lagi satu proses tawar-menawar disini.

8. Cuba sedaya-upaya membawa 2 orang pegawai pengring- Semakin ramai yang anda bawa semakin untung kerana secara tidak langsung anda boleh mengambil sedikit sumbangan dari mereka ataupun meminta mereka berbuat sesuatu supaya meringankan beban anda sedikit.

9. Teknik Rahsia- teknik ini membolehkan kumpulan anda mendapat RM3000-RM4000 dalam sekelip mata tanpa perlu bersusah-susah pun!! Tetapi Maaf, saya tidak boleh mendedahkan ianya disini kerana ia merupakan emergency plan. Tetapi sesiapa yang terdesak bolehlah datang berbincang dengan saya dan pastikan ianya sekurang-kurangnya sebulan sebelum program.

10. Wassalam..