Thursday, February 11, 2010

Soalan - Soalan Asas Sebelum Anda Menyertai Perniagaan MLM

Salam, walaupun blog ini khas mengumpulkan sebanyak mungkin artikel berkenaan isu-isu pengurusan aktiviti mahasiswa, namun saya ingin kongsikan sedikit kajian saya yang tidak seberapa mengenai perniagaan MLM yang sering disertai mahasiswa. Ini kerana sebagai seorang yang beragama Islam, apa jua tindakan kita haruslah berlandaskan syariah.

Mahasiswa dewasa ini amat berminat dengan perniagaan MLM yang "dikatakan" menguntungkan. Halal atau Haramnya MLM bukanlah berdasarkan faktor nama perniagaan itu adalah MLM, tetapi modus operandinya yang dinilai.

Berikut saya sediakan panduan untuk mahasiswa untuk bertanya kepada sesiapa yang mengajak saudara untuk menyertai perniagaan MLM ini. Dalam post yang akan datang saya akan memberi hujah dan fakta-fakta berkenaan kajian ringkas saya terhadap kemungkinan jawapan-jawapan yang lazimnya diberikan.

Dibawah adalah soalan-soalan asas yang saudara harus pertimbangkan dan diajukan kepada syarikat yang mempelawa saudara sekelian :


1)Dalam Syarikat yang anda sertai, ada ataupun tidak Penasihat Shariah yang diambil bekerja untuk memantau perniagaan ini?

2)Adakah anda cukup arif dan faham tentang latarbelakang syarikat yang anda sertai ini?

3)Adakah produk yang dijual itu haram? Ataupun merupakan barang tiruan? Atau anda tidak pasti?


4)Berapakah harga produk yang dijual/disewa? Adakah lebih 1/3 lebih mahal
dari harga dipasaran? Adakah pembeli tahu harga di pasaran?


5)Ada yuran penyertaan Ahli? Perlu diperbaharui setiap bulan? Atau minggu? Atau hari?


6)Apa implikasi jika anda tidak perbaharui bayaran bulanan anda tetapi downline anda tetap bayar? Adakah anda akan dapat komisen downline anda jika anda tidak perbaharui yuran?


7)Adakah downline anda boleh (dibenarkan) terdiri daripada sesiapa sahaja?


8)Adakah produk yang dijual itu memang sesuatu yang diperlukan oleh ahli? Atau ia sekadar alasan supaya ada “perniagaaan”?


9)Anda bayar yuran untuk apa? Adakah untuk mendapatkan produk dan menjadi ahli dalam pada masa yang sama?


10)Adakah selepas anda bayar yuran seperti soalan no.9, anda dikehendaki merekrut ahli baru?


11)Contoh situasi: Anda seorang upline, untuk mendapat powerline ataupun sesuatu keistemewaan yg lain, anda dikehendaki mencari 4 downline. Anda telah bejaya mencari Ali, Abu, Ahmad dan Akmal. Kemudian, Akmal juga jika mahu mendapat powerline atau sebarang keistemewaan mesti mencari 4 orang, BEZANYA: Akmal mendapat 4 orang iaitu A, B, C dan D. Akmal dikehendaki menyerahkan A dan B kepada kamu dan Akmal hanya mendapat C dan D. Kemudian dia harus mencari E, F sendiri sekali lagi. Adakah dalam perniagaan MLM anda juga ada situasi yang ASASNYA sama seperti keadaan ini?



p/s : Soalan ini dibuat sendiri oleh saya dan oleh sebab itu saya tidak menyertakan rujukan, namun pada post yang akan datang, saya akan memberikan hujah-hujah berdasarkan fakta kemungkinan-kemungkinan jawapan bagi persoalan diatas. Jika ada yang mahu copy n paste dipersilakan, namun saya meminta saudara melampirkan address blog ini bagi mengelakkan kekeliruan orang lain.TQ

wassalam...

2 comments: