Thursday, January 7, 2010

PRO dan EVO Mahasiswa : Apa Yang Mereka Perjuangkan Itu ?

1. Saya sering menganalisis Blog-blog kedua-dua "parti" kononnya yang bertanding dalam pilihanraya kampus tahun 2010 UTM tidak lama lagi. Ini adalah kerana blog ini merupakan suara rasmi bagi kedua-dua kumpulan mahasiswa ini dan tindakan boleh dikenakan terhadap mereka yang menabur fitnah dalam blog masing-masing kerana mereka tetakluk dibawah akta SKMM.

2. Saya tidak akan mempedulikan flyers-flyers berlogo yang beterbangan meraih simpati di sekitar UTM kerana jika ada isu-isu yang berbangkit kedua-dua pihak juga saling menyalahkan kerana tiada kumpulan yang mahu bertanggungjawab.

3. Perasankah saudara sekalian bahawa mereka tidak meletakkan manifesto yang JELAS untuk paparan pembaca yang mahu mencari makumat berkenaan dengan perjuangan mereka dan apa janji-janji mereka jika mereka berjaya meraih amanah yang diberikan oleh mahasiswa yang mengundi mereka?Adakah mereka ini sendiri tidak jelas tentang apa perjuangan mereka?

4. Jika dilihat secara kasar perjuangan EVO, ia tak lebih seperti hanya membantu pentadbiran universiti dalam mentadbir pengurusan universiti dengan hanya menyokong tanpa ada tindakan yang agresif dalam menukar dan mencari alternatif penyelesaian sesuatu dasar di UTM. Contohnya: Dalam isu kebajikan Persatuan Mahasiswa dan JKM Kolej yang mempunyai masalah, bolehkah EVO menggariskan apa tindakan yang diambil dan akan diambil dalam pilihanraya kali ini? apakah program yang bakal dilaksanakan jika mereka memenangi PRK?

5. PRO mahasiswa pula secara kasarnya, perjuangan mereka juga kabur dari segi apa yang mereka mahu? Jika dilihat didalam blog rasmi mereka, hanya mencari kesalahan-kesalahan dan kemudian mempublisitikan isu tersebut dan akhirnya gagal untuk memberi pandangan tentang permasalahan yang wujud.Contohnya: Pro-M sedar atau tidak sedar kadangkala mereka gagal melihat bangkai gajah didepan mata tetapi kuman diseberang laut mereka nampak. Contohnya: Banyak isu-isu kebajikan seperti kekurangan capaian wifi di utm, masalah-masalah persatuan di utm tidak diperjuangkan,Kempen No Bonceng yang gagal malah mereka mahu melakukan TAJDID SEGERA dengan kononnya mahu menyelesaikan isu diperingkat Nasional..wajarkah?

6. Kesimpulannya, perjuangan kedua-dua kumpulan ini bermusim, iaitu hanya berkokok ketika musim PRK semakin hampir. Hal ini tidak akan berlaku jika Calon yang bertanding mempunyai LatarBelakang persatuan yang unggul, saya ulangi PERSATUAN..bukan JKM.

7. Memimpin Persatuan membuatkan anda lebih berdikari daripada memimpin JKM Kolej. Hal ini saya akan kupas dalam entri seterusnya.

8. Wassalam..

3 comments:

  1. salam

    satu soalan,
    andai mereka yang bertanding menaburkan janji-janji manis dan kemudiannya tidak ditepati, apa yang awak rasa dan apa yang mereka tanggung?

    soalan itu sekadar cetusan minda...

    ye,betul,jika mereka berani bertanding,jadi kena berani menagambil risiko kan? cuma kita perlu berpijak pada bumi yang nyata, tidak semua perkara kita akan mampu lakukan, lagi-lagi masih ada amanah lain yang perlu dipikul.

    mungkin ada segelintir daripada mereka tidak berani untuk menabur janji-janji manis kerana mereka tahu dan sedar, jika mereka menang dan tidak mampu untuk melaksaankan janji-janji tersebut,pasti suatu masa nanti mereka akan disoal dan dituntut oleh DIA.

    sekurang-kurangnya mereka melakukan yang terbaik sepanjang menggalas amanah tersebut.salah satu masalah mahasiswa kini adalah kita masih terikat, itu yang menyekat.

    insyaAllah, kita doakan apa yang terbaik buat semua. pemimpin juga perlu dipimpin :)

    ~ sekadar lontaran pendapat, salam perjuangan ~

    ReplyDelete
  2. wsalam,

    1) Betol tu saudari, sekurang-kurangnya pengundi boleh menilai indikator jika mereka ada sasaran masing-masing. semua setakat ini hanya playsafe..

    ReplyDelete
  3. saudara, masalah utama
    1)pemimpin mahasiswa, kadang kala mereka terlepas pandang isu tempatan( sekitar universiti),itu sahaja.
    2)gagal berkomunikasi dengan baik.
    3)tiada halatuju misi dan visi dengan jelas.
    4)terburu-buru untuk mendapatkan keputusan.

    p/s: saya bergerak di kolej dahulu tetapi, pada hemat saya, pengalaman yang diperolehi amat bermakna. Tidak bererti memimpin persatuan akan jadi 'baik' dalam dunia kepimpinan, yang paling penting kita berjaya mengurus manusia (yang dipimpin,atau memimpin serta orang disekeliling;pengetua,TNC HEP,NC dan sebagainya.)

    ReplyDelete