Friday, January 15, 2010

Global Outreach : Masalah-Masalah 1

1. Baru-baru ini ada lagi beberapa kumpulan siswa yang berjumpa dengan saya bagi mendapatkan nasihat mengenai program ke luar negara yang mereka ingin uruskan. Masalah yang diutarakan semuanya sama seperti mana kumpulan-kumpulan sebelum ini. Iaitu masalah perhubungan (iaitu masalah yang timbul selepas masalah kewangan).

2. Apabila ditanya berkenaan dengan siapa yang menjadi pegawai pengiring, maka kebiasaannya jawapan yang didapati adalah "sudah dipilih" ataupun "fakulti yang membuat keputusan".

3. Mengikut pengalaman saya sebelum ini, dalam 5 kali pengurusan ke Luar Negara, jika mendapat bantuan dari fakulti /pensyarah dalam hal-ehwal pengurusan aktiviti akademik disana lebih berkesan dan berjaya daripada siswa itu sendiri yang menguruskan.

4. Di Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat (FSKSM), kami telah bersepakat dalam hal ini. Iaitu :
  • Membahagikan tugas antara siswa dan Fakulti iaitu para siswa menguruskan peserta, travel agen dan kewangan. Manakala fakulti/pensyarah akan menguruskan aktiviti akademik disana.
  • Sebagai penghargaan, program akan membawa pegawai pengiring yang mempunyai sumbangan kepadanya melalui fakulti.
5. Cara sedemikian seharusnya dilaksanakan oleh saudara-saudara sekalian kerana kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan segala-galanya.

6. Diharapkan saudara-saudara yang mempunyai masalah yang seperti diatas, boleh bersepakat membangkitkan hal ini ke fakulti masing-masing sebelum terlambat.

7. Wasssalam..

Sunday, January 10, 2010

Program Ke Luar Negara : Tips & Teknik Mengurangkan Kos

1. Saya akan menulis sebanyak mungkin sementara saya mempunyai masa yang agak fleksibel sebelum saya akan dipindahkan ke ibu pejabat syarikat Latihan Praktikal saya di Kuala Lumpur pada 15 januari ini. Saya menjangkakan masa saya akan kembali padat kerana bekerja di cawangan tidak sama dengan bekerja di ibu pejabat.

2. Saya mengharapkan pelapis kepimpinan mahasiswa khususnya dari persatuan saya iaini PERSAKA akan menggunakan artikel-artikel saya sebaik yang mungkin sebagai panduan kelak.

3. Berbalik perbincangan kita berkenaan topik diatas, terdapat beberapa cara yang boleh membantu kita mengurangkan kos perbelanjaan ke Luar Negara. Antaranya ialah :
  • Jika menggunakan perkhidmatan "Travel Agen", pastikan membuat pemakluman awal.
  • Membeli tiket penerbangan ketika promosi MATA FAIR atau MAS FAIR.
  • Jangan Menggunakan L.O ( Local Order) untuk membuat pembayaran.
  • Cuba membaca keadaan dimana situasi membawa ramai peserta untung atau peserta kurang yang untung.
  • Cuba sedaya-upaya membawa 2 orang pegawai pengring.
  • Ada beberapa lagi cara yang terpaksa dirahsiakan dan tidak sesuai dibincangkan disini.
4. Jika menggunakan perkhidmatan "Travel Agen", pastikan membuat pemakluman awal- Kebanyakan mahasiswa sering tersilap percaturan dengan mahu mengumpul duit dahulu dan kemudiannya baru mencari travel agen. Kita mesti maklumkan awal kepada travel agen, sebaik-baiknya pada fasa permulaan kerana travel agen tersebut akan sedaya upaya mecari jalan bagaimana mahu menurunkan harga.

5. Membeli tiket penerbangan ketika promosi MATA FAIR atau MAS FAIR. Bunyinya indah tetapi ada beberapa syarat kekangan disini. Tiket yang dibeli haruslah dibayar penuh dalam tempoh masa 48 jam kepada MAS. jadi kita harus sentiasa keep in touch dengan travel agen bagi mendapatkan maklumat awal promosi ini. kita juga harus pastikan sekurang-kurangnya duit untuk tiket sudah ada. Ini dapat menjimatkan sehingga 500-600 satu kepala. Antara kekangannya lagi ialah Tarikh dan masa tidak boleh ditukar.

6. Jangan Menggunakan L.O ( Local Order) untuk membuat pembayaran. Ini kerana travel agen harus menunggu 1-2 bulan untuk mendapatkan duit seetlah memberi perkhidmatan. Jadi kita boleh buat tawar-menawar dengan cara jika kita beri dalam bentuk cash/tunai maka kita minta supaya harga diturunkan. Kebanyakan travel agen akan menurunkan harga jika dibayar dalam tunai.

7. Cuba membaca keadaan dimana situasi membawa ramai peserta untung atau peserta kurang yang untung - Maksudnya sesetengah travel agen mengambil keuntungan melalui kira per pax, sesetengahnya secara trip. Tetapi kebanyakannya mengambil kiraan per pax. Jika begitu, semakin ramai peserta yang ada semakin murah harga pakej tersebut. Jadi ada lagi satu proses tawar-menawar disini.

8. Cuba sedaya-upaya membawa 2 orang pegawai pengring- Semakin ramai yang anda bawa semakin untung kerana secara tidak langsung anda boleh mengambil sedikit sumbangan dari mereka ataupun meminta mereka berbuat sesuatu supaya meringankan beban anda sedikit.

9. Teknik Rahsia- teknik ini membolehkan kumpulan anda mendapat RM3000-RM4000 dalam sekelip mata tanpa perlu bersusah-susah pun!! Tetapi Maaf, saya tidak boleh mendedahkan ianya disini kerana ia merupakan emergency plan. Tetapi sesiapa yang terdesak bolehlah datang berbincang dengan saya dan pastikan ianya sekurang-kurangnya sebulan sebelum program.

10. Wassalam..

Saturday, January 9, 2010

GLOBAL OUTREACH

1. Program Global Outreach pada masa ini merupakan program yang sangat popular di kalangan aktiviti mahasiswa. Saya sendiri sudah terlibat 3 kali dengan program Global Outreach ini dan 3 kali keluar negara bukan menggunakan peruntukan program Global Outreach. Ramai yang masih tidak tahu bagaimana mahu mendapatkan peruntukan Global Outreach kerana pada pendapat saya memang agak mengelirukan pun dari segi modus operandi pentadbirannya.

2. Program ini diuruskan oleh pejabat Antarabangsa TNCA yang terletak di pejabat "postgraduate" berdekatan pejabat harta bina dan dikepalai oleh Prof. Madya Dr. Ismail. Segala polisi dan isu-isu berbangkit akan dikendalikan melalui pejabat ini.

3. Peliknya, dari segi kelulusan kewangan pula ia tidak diuruskan oleh pejabat ini. Tetapi diuruskan oleh seorang Penolong Pendaftar di pejabat TNCA yang pada pemerhatian saya bukan dibawah pejabat Global Outreach pun. Pejabat Global Outreach hanya merekod sahaja bilangan yang akan keluar negara.

4. Hal ini menyebabkan selalu berlaku masalah komunikasi dari segi kelulusan kewangan. Contohnya: Pada satu masa pihak Fakulti difahamkan oleh pejabat Global Outreach bahawa mereka diberikan RM100,000 untuk menghantar 100 orang pelajar ke luar negara. Tetapi oleh sebab ramai yang hendak keluar negara peruntukan diturunkan oleh Pejabat TNCA kepada RM80,000.

5. Menurut pejabat Global Outreach dalam seminar dimana saya yang menjadi salah seorang pembentang, setiap siswa akan diberikan RM1000 satu kepala. Namun, penolong pendaftar di pejabat TNCA mengatakan bahawa peruntukan diberi mengikut kadar perbelanjaan iaitu peruntukan akan diberi 1/2 atau RM1000 mana-mana yang lebih rendah.

6. Baru-baru ini, dikhabarkan mahasiswa akan diberi RM300-400 pada tahun 2010 untuk program dalam "asia tenggara" kerana pada tahun lepas ramai yang berjaya ke Indonesia dan Thailand dengan peruntukan RM1000 satu kepala. Pada jangkaan saya pada tahun 2010, menerusi pengalaman yang saya ada, berani saya katakan bahawa jika khabar tersebut terbukti benar, bilangan siswa ke luar negara akan merosot.

7. Malah pada tahun 2009 juga saya tidak yakin seramai 1000 orang berjaya ke luar negara. Apakah dengan pemotongan peruntukan ini akan menyumbang jumlah siswa ke luar negara?

8. Pada pandangan saya ada beberapa cadangan yang boleh diambil kira oleh pejabat Global Outreach :
  • Ubah modus Operandi Pentadbiran dengan mengambil alih tugasan dari segi kelulusan kewangan bagi memudahkan perbincangan dan komunikasi.
  • Letakkan "target" yang jelas kepada setiap fakulti berapa ramai yang disasarkan keluar negara dan beri fakulti kuasa dalam menguruskan peruntukan asalkan tidak menjejaskan sasarannya.(cthnya:memberi peruntukan lebih sedikit kepada program yang memerlukan dan mengurangkan sedikit peruntukan kepada program yang tidak memerlukan.)
  • Potong peruntukan fakulti yang tidak aktif.
9. Oleh kerana saya belum lagi mengetahui polisi yang terbaru pada tahun 2010 ini, maka setakat ini sajalah pandangan saya.

10. Dalam entri yang akan datang, saya akan menceritakan bagaimana mahu memohon peruntukan ini dan masalah-masalah yang timbul secara praktisnya.

Isu di HEP UTM : Kehilangan Kertas Kerja, Salah Siapa?

1. Saya sudah menegaskan bahawa saya tidak akan membuat penulisan terhadap pandangan politik saya dalam blog ini kerana tujuan utama blog ini disediakan adalah supaya mempermudahkan tugas saya agar dapat berkongsi pengalaman dalam memimpin organisasi mahasiswa dan diharapkan dapat memberi faedah semaksimum yang mungkin kepada pimpinan baru mahasiswa kerana memang ramai pemimpin mahasiswa yang baru terkapai-kapai tiada tempat untuk mendapatkan ilmu sebegini.

2. Hal ini kerana jika saudara mahu mendapatkan maklumat berkenaan pandangan politik dan isu nasional mahupun global, saudara hanya perlu taip di google sahaja "keyword" nya. Beribu-ribu blog rasmi atau tidak rasmi yang muncul. Tetapi cuba saudara mencari 1 sahaja blog yang menekankan kemahiran kepimpinan organisasi mahasiswa dalam kampus secara praktikal, maka teramatlah sukar dan saya tidak pernah jumpa blog sebegini di kalangan mahasiswa utm.

3. Soalnya, dimana mahasiswa yang baru mahu belajar jika PRO dan EVO mahasiswa hanya pandai beretorik? tetapi tidak ada pengalaman dalam memimpin organisasi? sudah saya cabar kedua-duanya dientri saya sebelum ini supaya menggariskan dengan JELAS apa yang mereka mahu lakukan kepada pengundi mereka jika mereka berjaya memenangi pihanraya. Fikirkanlah..

4. Jadi kita kembali kepada isu hari ini iaitu kehilangan kertas kerja di HEP salah siapa? saya akan cuba menulis dengan adil dan tidak berpihak kepada mana-mana samada HEP atau Mahasiswa.

5. Satu perkara yang mahasiswa harus sedar adalah HEP menggariskan peraturan supaya setiap persatuan atau kolej menghantar perancangan tahunan beserta kertas kerja pada setiap kali selepas AGM bagi melancarkan perjalanan aktiviti mahasiswa. istilah yang digunakan adalah menghantar kertas kerja secara "bundle". Jika dilihat secara kasar, cara ini amat menyusahkan mahasiswa kerana masih baru memegang tampuk kepimpinan dan menghadapi masalah dalam membuat perancangan.

6. Tetapi rasionalnya tindakan HEP ini adalah kerana berkaitan dengan peruntukan dari pejabat bendahari. Polisi pejabat bendahari pula tertakluk kepada polisi kerajaan iaitu memberi dan meluluskan peruntukan mengikut kalendar Tahunan, walhal aktiviti siswa di UTM berpandukan Kalendar Akademik. Jadi HEP perlu mengemukakan bajet lengkap tahunan setiap persatuan dan memerlukan maklumat lengkap mengenai aktiviti persatuan.

7. Tetapi, HEP sedar akan masalah ini dan membenarkan program-program Ad-Hoc. Perkara yang perlu diingatkan apabila kita mengendalikan program Ad-Hoc dan menghantar kertas kerja secara Ad-Hoc maka kita juga haruslah tidak mengharapkan layanan istimewa. Ini kerana kita sudah lari dari sistem, maka kita mesti sering buat "follow up".

8. Antara teknik yang sering saya gunakan adalah berikut:

  • Terus hantar kepada kerani pegawai yang berkaitan (bukan di kaunter).
  • Setelah masuk hari ke-2 saya akan terus menelefon pegawai HEP dan bertanyakan status.
  • Sehari selepas itu saya akan menelefon kerani pegawai tersebut dan bertanyakan bila surat kelulusan boleh beliau siapkan (minta satu tarikh supaya anda boleh telefon dia balik).
  • Setelah kerani tersebut memberi tarikh untu di "follow up", saya akan telefon kerani tersebut pada tarikh yang dijanjikan.
9. InsyALLAH kertas kerja tidak akan hilang, siswa juga harus sedar bahawa tugas pegawai HEP bukan hanya setakat memantau program, malah ada lagi tugasan-tugasan yang lain. Kebiasaannya kes kertas kerja yang hilang adalah kerana kita hantar kertas kerja pada hari ini, dan follow up lagi 2 minggu. Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, jika kita hantar kertas kerja secara Ad-Hoc, janganlah kita harapkan layanan istimewa.

10. Jika kertas kerja kita hilang sewaktu kita hantar secara "bundle" maka kita boleh salahkan HEP 100%, tetapi jika kita menghantar secara Ad-Hoc dan kita mengharap layanan istimewa maka kita yang perlu disalahkan 100%.

11. Kesimpulannya, Kehilangan Kertas Kerja di HEP, Salah Siapa?

Thursday, January 7, 2010

Beza Pemimpin Persatuan dan JKM Kolej

1. Bagi mahasiswa yang berminat dengan dunia kepimpinan sering kali mereka terkeliru dengan dua bentuk kepimpinan asas yang ada di sesuatu Universiti. Di UTM contohnya,terdapat dua cara bagi seseorang mahasiswa yang mahu aktif dalam kepimpinan.

2. Caranya adalah dengan menjadi Jawatankuasa di Kolej atau menjadi Jawatankuasa di Persatuan/Kelab/sekretariat dll. Mahasiswa yang terlibat bertahun-tahun lamanya dalam bidang kepimpinan ini belum tentu lagi dapat menjelaskan perbezaan antara kedua-dua jawatankuasa ini.

3. Pertama, saya mahu menerangkan apa yang dimaksudkan dengan JKM kolej ini. JKM adalah sebuah Jawatankuasa yang dipilih sepenuhnya oleh pentadbiran kolej atas sebab utamanya yang disebut dlm buku peraturan aktiviti pelajar bagi menolong membantu pentadbiran kolej.

4. Kuasa untuk memilih presiden JKM atau jawatankuasa diberi sepenuhnya kepada pengetua kolej. Setiap tahun kolej-kolej akan diperuntukkan sejumlah peruntukan bagi mengendalikan kursus pembentukan JKM kolej masing-masing.

5. Walaupun pengetua mempunyai kuasa mutlak dalam memilih JKM Kolej, namun masih ada garis panduannya seperti mesti berbilang kaun dan melambangkan integrasi negeri-negeri di malaysia.

6. Apabila pengetua diberi kuasa mutlak untuk memilih barisan JKM kolej masing-masing, Maka pengetua juga berhak untuk menggugurkan mana-mana jawatankuasa JKM pada bila-bila masa hatta tidak perlu menunggu sehingga 24 jam pun.

7. Isunya, adakah jika seseorang JKM Kolej di gugurkan(Dipecat) atas pertuduhan yang tidak jelas atau tidak dapat dibuktikan, adakah hak keistimewaanya seperti yuran asrama akan ditarik balik? Pada pendapat saya, JIKA tiada sebarang bukti pertuduhan atau sebagainya yang menyebabkan JKM itu dipecat, maka hak istimewanya haruslah dikekalkan.

8. JKM Kolej juga tidak boleh membuat keputusan melibatkan dasar kolej tersebut kerana pentadbiran kolej mempunyai kuasa mutlak dalam hampir kesemua aspek. Hal ini menyukarkan JKM Kolej itu untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa di kolej-kolej dengan agresif. Inilah yang menjadi dilema JKM Kolej Kediaman.

9. Berbeza dengan Pemimpin Persatuan mahasiswa, Presiden Persatuan dipilih mengikut perlembagaan masing-masing yang telah diluluskan oleh lembaga pengarah universiti. Semua Presiden Persatuan dipilih dalam undian ketika Mesyuarat Agung Tahunan yang dikendalikan sendiri oleh persatuan tersebut mengikut prosedur yang digariskan.

10. Perlu ditegaskan disini bahawa tiada siapa yang boleh memecat seorang Presiden Persatuan melainkan ahlinya sendiri, itupun mereka haruslah memanggil satu Mesyuarat Agung Luar Biasa mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memecatnya.

11. Hatta pembubaran sesuatu persatuan hanya boleh dilakukan oleh naib canselor dan dalam masa 2 minggu pimpinan persatuan berhak membuat rayuan kepada Menteri Pengajian Tinggi tentang status mereka seperti yang digariskan dflm AUKU. Hal seperti ini membuka ruang yang lebih luas kepada pimpinan persatuan untuk memperjuangkan kebajikan mahasiswa dengan lebih senang lagi.

12. Namun, bagi kebanyakan pimpinan persatuan, mereka keliru dengan peranan penasihat persatuan masing-masing. Ditegaskan sekali lagi penasihat persatuan hanya bertujuan memberi idea dan pendapat tentang persatuan itu sahaja. Dan tidak mempunyai kuasa arahan mahupun memanggil sesuatu mesyuarat.

13. Mahasiswa sendiri boleh menilai yang mana satu mempunyai kuasa "decision making" yang lebih antara Presiden JKM atau Presiden Persatuan.

14. Wassalam..

PRO dan EVO Mahasiswa : Apa Yang Mereka Perjuangkan Itu ?

1. Saya sering menganalisis Blog-blog kedua-dua "parti" kononnya yang bertanding dalam pilihanraya kampus tahun 2010 UTM tidak lama lagi. Ini adalah kerana blog ini merupakan suara rasmi bagi kedua-dua kumpulan mahasiswa ini dan tindakan boleh dikenakan terhadap mereka yang menabur fitnah dalam blog masing-masing kerana mereka tetakluk dibawah akta SKMM.

2. Saya tidak akan mempedulikan flyers-flyers berlogo yang beterbangan meraih simpati di sekitar UTM kerana jika ada isu-isu yang berbangkit kedua-dua pihak juga saling menyalahkan kerana tiada kumpulan yang mahu bertanggungjawab.

3. Perasankah saudara sekalian bahawa mereka tidak meletakkan manifesto yang JELAS untuk paparan pembaca yang mahu mencari makumat berkenaan dengan perjuangan mereka dan apa janji-janji mereka jika mereka berjaya meraih amanah yang diberikan oleh mahasiswa yang mengundi mereka?Adakah mereka ini sendiri tidak jelas tentang apa perjuangan mereka?

4. Jika dilihat secara kasar perjuangan EVO, ia tak lebih seperti hanya membantu pentadbiran universiti dalam mentadbir pengurusan universiti dengan hanya menyokong tanpa ada tindakan yang agresif dalam menukar dan mencari alternatif penyelesaian sesuatu dasar di UTM. Contohnya: Dalam isu kebajikan Persatuan Mahasiswa dan JKM Kolej yang mempunyai masalah, bolehkah EVO menggariskan apa tindakan yang diambil dan akan diambil dalam pilihanraya kali ini? apakah program yang bakal dilaksanakan jika mereka memenangi PRK?

5. PRO mahasiswa pula secara kasarnya, perjuangan mereka juga kabur dari segi apa yang mereka mahu? Jika dilihat didalam blog rasmi mereka, hanya mencari kesalahan-kesalahan dan kemudian mempublisitikan isu tersebut dan akhirnya gagal untuk memberi pandangan tentang permasalahan yang wujud.Contohnya: Pro-M sedar atau tidak sedar kadangkala mereka gagal melihat bangkai gajah didepan mata tetapi kuman diseberang laut mereka nampak. Contohnya: Banyak isu-isu kebajikan seperti kekurangan capaian wifi di utm, masalah-masalah persatuan di utm tidak diperjuangkan,Kempen No Bonceng yang gagal malah mereka mahu melakukan TAJDID SEGERA dengan kononnya mahu menyelesaikan isu diperingkat Nasional..wajarkah?

6. Kesimpulannya, perjuangan kedua-dua kumpulan ini bermusim, iaitu hanya berkokok ketika musim PRK semakin hampir. Hal ini tidak akan berlaku jika Calon yang bertanding mempunyai LatarBelakang persatuan yang unggul, saya ulangi PERSATUAN..bukan JKM.

7. Memimpin Persatuan membuatkan anda lebih berdikari daripada memimpin JKM Kolej. Hal ini saya akan kupas dalam entri seterusnya.

8. Wassalam..

Pengalaman dalam Persatuan di UTM

1. Saya tidak bercadang untuk bercerita lebih mengenai diri saya kerana hal yang demikian bukanlah satu contoh yang baik oleh mana-mana pun individu yang tidak "dijemput" bagi mengemukakan idea-idea mereka ini. Hal ini boleh mendatangkan persepsi buruk terhadap individu itu sendiri dan berkemungkinan besar akan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan seperti sombong, bongkak dan lain-lain.

2. Memandangkan masih ramai lagi pada pemerhatian saya mahasiswa yang akan menilai kulit dahulu kemudian baru isinya, maka eloklah saya menyenaraikan penglibatan saya dalam dunia persatuan di UTM ini.

Tahun 2005 UTMKL
  • Exco blok Kolej Pertama UTMKL
  • Exco Sukan & Rekreasi Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (COMSTAR) UTMKL.
  • Ketua Pengurus Sukan bagi karnival Sukan Kolej.
  • Jawatankuasa bagi program-program kolej yang lain.

Tahun 2006 UTMKL
  • Presiden Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (COMSTAR).
  • Ketua Gerak Kerja Khas Projek Puzzle Terpanjang "Malaysia Book Of Records" anjuran Kolej Pertama.
  • Jawatankuasa bagi program-program persatuan dan kolej yang lain.

Tahun 2007 UTMKL
  • Presiden Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (COMSTAR).
  • Ketua Penajaan bagi Lawatan Akademik ke Beijing, China anjuran CITRA.
  • Pengarah Program karnival IT.
  • Jawatankuasa bagi program-program persatuan dan kolej yang lain.
  • Mewakili UTM dalam sukan bola sepak MASUM di USM.

Tahun 2008 UTMKL
  • Pengarah Program bagi Lawatan Akademik ke TOKYO,JEPUN anjuran DELIMA.
  • Pengarah Program karnival IT.
Tahun 2009 UTM JB
  • Presiden Persatuan Mahasiswa Sains Komputer (PERSAKA).
  • Pengarah Program Lawatan Akademik ke Beijing, China anjuran PERSAKA.
  • Timb. Pengarah Program Khidmat Masyarakat Tangkak.
  • Penyelaras Program Lawatan Akademik ke Bandung, Indonesia anjuran PERSAKA.
  • Penyelaras Program Lawatan Akademik ke Bangkok, Thailand anjuran PERSAKA.
  • Pengarah Program Lawatan Akademik ke Seoul, Korea Selatan anjuran PERSAKA.

Pengalaman Memimpin Program ke Luar Negara :
  • Lawatan Akademik ke Beijing, China anjuran CITRA tahun 2007.
  • Lawatan Akademik ke Tokyo, Jepun anjuran DELIMA tahun 2008.
  • Lawatan Akademik ke Beijing, China anjuran PERSAKA tahun 2009.
  • Lawatan Akademik ke Bandung, Indonesia anjuran PERSAKA tahun 2009.
  • Lawatan Akademik ke Bangkok, Thailand anjuran PERSAKA tahun 2009.
  • Lawatan Akademik ke Seoul, Korea Selatan anjuran PERSAKA tahun 2009.

3. Diatas semuanya merupakan sebahagian pengalaman saya sebagai salah seorang pemimpin mahasiswa dalam memimpin sesuatu tugasan yang diamanahkan. Jika ada yang tersilap dalam kenyataan saya diatas maka saudara sekalian diharapkan dapat menghubungi 013-2224189 supaya saya boleh membetulkan entri saya pada kali ini.

4. InsyALLAH selepas ini saya akan memaparkan isu-isu dan masalah mahasiswa termasuklah evo mahasiswa dan seterunya pro mahasiswa.

5. wassalam..

Salam Perkenalan

1. Salam kepada semua, ini merupakan kali pertama saya menulis blog setelah sekian lama hasrat ini terpendam lamanya sebelum ini kerana saya terlalu aktif dalam dunia persatuan kampus.

2. Alhamdulillah, akhirnya InsyaALLAH pada tahun ini masa saya agak fleksibel kerana sudah tidak lagi memegang apa-apa jawatan dalam persatuan mahasiswa di kampus kerana terikat dengan Latihan Industri.

3. Oleh kerana saya masih lagi merupakan mahasiswa di UTM ini, pastinya blog ini banyak berkisar tentang isu-isu di UTM dan lontaran-lontaran idea akan banyak diutarakan oleh saya untuk tatapan kepimpinan mahasiswa pada masa hadapan.

4. Cuma apa yang membimbangkan adalah saya tidak pasti jika pada masa ini adalah waktu yang tepat untuk saya melontarkan idea atau mengetengahkan isu-isu di UTM kerana kehangatan PRK semakin dirasai dan ini pastinya akan membuka ruang bagi mana-mana pihak mengeksploitasi idea dan isu yang dilontarkan oleh saya.

5. Pada pendapat saya, bagi entri bulan ini saya tidak akan mengetengahkan isu-isu secara agresif memandangkan memang kebiasaannya budaya pilihanraya akan melahirkan calon-calon yang terdesak untuk meraih kemenangan dengan menghalalkan cara bagi mencapai matlamat.

6. Sekian.